Hi... Selamat Tahun Baru. Walaupun dah lebih setengah bulan Januari... tapi masih sempatkan. Tahun ni, banyak projek-projek besar yang telah dirancang untuk aku laksanakan. Antaranya adalah 10km Borneo International Marathon. Seriously...? Ini dah kali ke 3?atau mungkin kali ke 4 aku kata nak mendaftar larian ni, tapi... setiap tahun tak menjadi. Why??? motivasi yang sangat rendah. ^_^. Tapi sejak masuk tahun baru ni, aku dah mulakan latihan aku semula. Alhamdulillah, aku bermula dengan sangat perlahan.. sebab aku tak nak merasa terlalu penat dan give up (since aku dah setahun tak lari). Aku ada dua target tahun ni... APA Sport dan juga Borneo International Marathon. Satu tu larian 5km dan yang lagi satu 10km. Basically ini larian yang dah aku buat dalam masa 3 minggu yang lepas. Just to share...
3 Jan - 4km (Park)
4Jan - 25minute (treadmill)
9 Jan - 4km (park)
11 Jan - 5km (Park) - 38minute
12 Jan - 5km (Park) - 37minute
16 Jan - 6km (Park) - 45minute
17 Jan - 5km (Park) - 36minute
19 Jan - 6km (Park) - 40minute
Ok... timing memang dah slow giler berbanding dengan my PB untuk 5km is 27:56minute. Untuk aku kembali kepada prestasi yang dulu, banyak lah yang kena aku buat. (kawal makan, kurangkan berat, kawal tidur, minum banyak air, rehat secukupnya, kekalkan motivasi, turun latihan, buat fartlek, buat speed run, buat hill run, buat long run dan yang penting jangan malas). See you all soon...
No comments:
Post a Comment