Sunday, January 22, 2012

4 Hari Cuti(CNY+Weekend)= seronoknyer

Hi... hari ni hari kedua cuti panjang sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut pada esok hari. Sepanjang pagi, aku duduk di rumah tanpa keluar kemana-mana dan menghabiskan 4 jam membaca buku "Digital Fundamental" dengan tekun. Ehem... tetiba pula aku rasa bersemangat. Lagipun, kurang dari satu minggu aku akan ke Penang selama 2 minggu, seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk menghadiri kelas dan juga menduduki ujian 20% dari keseluruhan markah kursus. Tahun ni, aku tak boleh nak main-main seperti tahun-tahun sebelum, kalau aku nak teruskan pengajian aku ni sampai habis. InsyaAllah mesti boleh.

Petang, tepat jam 5, selepas 2 hari tak training, hari ni aku dengan semangatnya turun ke taman. Sampai di taman, jam dah pun pukul 5:30ptg.Macam biasa aku start dengan larian perlahan. Aku ingat nak buat fartlek run atau speed hari ni. Tapi rasa lemah tulang-tulang ni nak bergerak. Hahaha...Kalau aku ada jurulatih , mesti dah kena marah....sebab terlalu malas. Hari ni aku berjaya menghabiskan 6.2km dan masa aku sengaja tak ambik. Takut motivasi aku menurun pulak bila tengok tak ada improvement. Kesimpulannya, latihan hari ini sangat memuaskan. Esok, aku nak buat satu lagi 6km. InsyaAllah.

Mercun/Bunga api dah berdetum-detum kat luar rumah. Malam ni confirm kiri kanan depan dan belakang rumah, berpesta bunga api tepat kul 12 malam. Sigh.... bersedia untuk menutup telinga selama setengah jam...or maybe 45 minit. Hebat..hebat...jiran2 aku ni memang hebat.

HAPPY CHINESE NEW YEAR AND HAPPY HOLIDAY....

No comments:

Post a Comment