Monday, September 16, 2013

Krabi Trip Day 1

Bertolak dari LCCT jam 7:05pagi menaiki flight AirAsia. Alhamdulillah, flight pagi itu tak delay. Dalam kelam kabut sebab dah terlambat bangun pagi, sempat jugak boarding. Barisan  di Imigresen punya la panjang tapi dua kaunter sahaja yang di buka pada pagi itu. Pintu masuk untuk ke Krabi tak sama dengan pintu masuk untuk keluar negara yang lain. Kena masuk ikut pintu Y2 iaitu bersebelahan dengan perlepasan dalam negeri. 
Penerbangan untuk ke Krabi mengambil masa 1jam 20 minit(lebih kurang). Setibanya di Krabi, kena mendaftar di imigresen dahulu. Semasa didalam penerbangan anak kapal akan menyerahkan satu borang/kad imigresen untuk diisi. Kad ini nanti akan disimpan oleh pihak imigresen Thailand, manakala bahagian untuk balik kenalah disimpan untuk diserahkan semasa keluar dari Thailand nanti. Di airport, aku terus ke kaunter bas yang ada diruang legar. Bayaran untuk menaiki bas, hanya 150 Bath seorang, manakala jika ingin menaiki teksi 600 bath seorang. Sila tanya kepada penjual tiket dikaunter tersebut dimana bas akan berhenti. Mereka akan tunjukkan map dan tempat bas berhenti. Dan jangan lupa, tanya di mana hotel tempat kita berada didalam map tersebut. Aku dan Z mengambil keputusan untuk menaiki bas sebab hotel yang aku dah booked berada di pusat aonang. Setelah membeli tiket sila terus keluar airport ikut arah dimana bas berada. Seseorang diluar bangunan akan bertanya kita nak kemana. Maklumkan kepada mereka kerana maklumat itu nanti akan digunakan oleh pemandu bas untuk menurunkan penumpang-penumpang.
Perjalanan menaiki bas mengambil masa diantara 40- 45 minit. Setiba di pusat aonang, pemandu bas memberhentikan bas di satu tempat dan memaklumkan kepada kami "Aonang Centre". Maknanya, destinasi aku dah sampai. Rupa-rupanya hanya aku dan Z sahaja yang menginap di pusat aonang. Hurm... tak kisahla. Pusat Aonang ni kecil sahaja. InsyaAllah tak akan sesat. setelah beberapa ketika berjalan, akhirnya kami sampai juga di Somkiet Buri Resort. Hotel ini agak tidak kelihatan dari jalan utama. Kena masuk dalam 50m ke dalam. Aku sengaja memilih hotel ini sebab hotel ini ada sijil halal dan sarapan pagi turut disediakan. Jadi takla was-was untuk makan sarapan pagi setiap hari nanti.Kami tiba agak awal untuk pendaftaran masuk. Baru sahaja jam 9:30pagi. Nasib baik kami dibenarkan masuk awal walaupun masa untuk mendaftar sepatutnya jam 2 petang. Selepas mendapat kunci bilik, kami terus berehat kepenatan. Cuaca untuk hari pertama agak kurang baik.Jadi kami menghabiskan setengahari untuk tidur dengan nyenyaknya...;).
Hotel ini dikelilingi oleh hutan buatan dan sangat tenang sekali untuk berehat. Permandangan di beranda luar bilik.
Permandangan dari atas bilik. 
Harga semalam untuk bilik ini adalh RM153.00 dan aku tempah melalui booking.com. Pembayaran tidak akan dikenakan semasa membuat tempahan. Tetapi maklumat kad kredit akan diberi untuk pengesahan dan tiada pembatalan dibenarkan sekiranya dibuat kurang daripada 7 hari. Maknanya, kalau tak jadi tinggal dihotel ini, charge bilik tetap akan dikenakan ke kad kredit kita. Jadi nak atau tidak, kenalah tinggal juga. Secara keseluruhannya, hotel ini memuaskan. Walaupun sedikit usang, tetapi masih selesa untuk didiami. Lokasi pula adalah baik. Mudah untuk mendapatkan tempat makanan halal disekitar, berhampiran dengan pantai iaitu 10 minit berjalan dengan santai sambil melalui deretan kedai yang menjual pelbagai barang.
Kolam hotel...
Deretan kedai sepanjang jalan ke pantai dan tepi pantai.
Sebelah petang aku dan Z keluar mencari makan. Kami meredah hujan dengan menggunakan baju hujan pakai buang yang dibeli dengan harga 100bath satu. Walaupun mahal, aku belikan juga seorang satu sebab untuk memudahkan pergerakkan kami. Alhamdulillah, hujan tak begitu lebat tapi kalau tak pakai baju hujan pun boleh basah jugak. Selepas makan dan membeli beberapa barang keperluan kami membuat tempahan perjalanan ke 4 buah pulau pada keesokkan harinya melalui For Friendly Tour dengan harga 500 bath seorang. Pengangkutan pergi dan balik dari hotel dan jeti disediakan, termasuk sewa longtail boat dan makan tengahari. InsyaAllah halal katanya. Sebenarnya, kalau rajin nak cari, trip untuk ke 4 pulau boleh dapat dengan harga yang lebih murah iaitu 350 bath sahaja. Akhirnya, perjalanan esok dah dibayar deposit sebanyak 500bath. Lagi 500bath boleh dibayar dengan pemandu yang akan jemput kami pada keesokkan harinya.
Kami berjalanan agak jauh dari pusat aonang pada petang itu dan kemudian mengambil keputusan untuk balik menggunakan tuk-tuk atau teksi. Tahan punya tahan, takde pulak tuk-tuk atau kereta yang nak berhenti. Tapi sebenarnya kat tepi-tepi jalan dah ada pun papan tanda menunjukkan teksi sewa atau van sewa yang boleh menghantar kita ketempat yang nak dituju.Kita cuma perlu pergi cari pemandunya sahaja. Harga pada setiap destinasi telahpun ditulis pada papan tersebut. Jadi senang la kita nak tau berapa yang perlu dibayar.
Malam kami berakhir dengan awal sebab perlu berehat untuk lawatan ke 4 Pulau pada keesokkan harinya.





Tuesday, September 10, 2013

Krabi trip in the making...

Last minute renew passport la cik kak. Passport dah less than 6 month. So kena la renew. Alhamdulillah la sekarang nak buat passport senang jer. Siap dalam masa satu jam sahaja. Semua kerja buat di saat akhir. Flight malam ni nak ke KL dah tak sempat nak buat pertukaran duit. Padahal plan trip ni dari bulan mac lagi. Petang ni la sibuk nak renew passport, tukar duit dan nak cari kamera waterproof pulak. Nasib baik jumpa Sony  cybershot DSC-TS1 RM699. Kalau kena harga yang beribu-ribu... menangis la.
Semalam baru siap buat booking hotel. Perasaan ni tengah bercampur baur. Nak kata excited, tipu la kalau cakap tidak.Nervous tu adala juga sebab semua perkara buat kelam kabut. Baru balik dari Kinabalu hari tu, tak sempat pulak nak prepare betul-betul trip kali ni.InsyaAllah, semoga dipermudahkan perjalanan kami. Dah lama rasanya tak pergi bercuti yang tidak melibatkan bisness semata-mata. Penatla cik kak... ;).


Monday, September 2, 2013

Kinabalu misi berakhir


Akhirnya misi kinabalu kali kedua telah berakhir dengan jayanya. Hari pertama kami tiba, hujan turun renyai2. Kami disambut oleh tour operator yang kami lantik sejak Disember yang lepas. Seramai 22 orang bakal pendaki dibawa menaiki bas ke Sutera Santuary Resort di kaki gunung yang mengambil masa 2jam 30minit untuk sampai dari Kota Kinabalu.Alhamdullillah, urusan pendaftaran masuk berjalan dengan lancar dan kami berehat dibilik masing-masing.
Pendaki perempuan sangat beruntung kerana kami seramai 9 orang diberi dua buah rumah untuk menginap malam pertama. Wah... sangat mewah. ;)... Terasa seperti ingin terus tinggal disitu;).Cantik kan... ruang tamu rumah ni.
Malam tersebut kami packing barang2 yang hendak dibawa dan diasingkan kepada dua buah beg. Satu nak bagi porter yang angkat dan satu lagi sendiri yang bawa. Kat dalam beg yang aku bawa, aku letak sekali air minuman 1 liter, sedikit makanan ringan, baju hujan, baju t spare, selipar dan baju sejuk. Nanti kalau sampai awal di Laban Rata dah boleh mandi dan tukar baju dan cepat berehat. Tak perlu tunggu porter datang bawa barang yang selebihnya.
Perjalanan kami pada pagi keesokkan harinya bermula pada jam 9:30 pagi. Guide yang akan membawa kumpulan kami adalah seramai 4 orang. Rata2 nya mereka ni nanti akan berjalan dibelakang kami. Pada hari pertama ini, aku berjalan dengan perlahan-lahan ikut rentak sendiri. Maklumlah, kalau ikut orang nanti tak mampu pulak. Walaupun berjalan dengan agak perlahan, aku berjaya sampai di Laban Rata pada jam 2.00 petang. Agak laju jugak berbanding dgn yg lain. Kebiasaan untuk sampai di Laban Rata mengambil masa diantara 3 hingga 6 jam. Bergantung kepada fitness masing-masing. Pasal tandas, jangan risau. Setiap perhentian, ada disediakan tandas dan air.
Sesampai jer di Laban Rata, selepas mendaftar masuk bilik, laju jer aku mandi walaupun air sejuk giler rasa macam batu ais. Masa ni takde maknenya nak mengada-ngada. Sejuk pun redah jer sebab lepas mandi baru badan rasa selesa dan segar sedikit. Penginapan kali ini bukan di bangunan utama seperti yang lepas.Kali ini kami tinggal di Waras Hut, lebih kurang 2-5minit sebelum bangunan utama. Malam memang takde heater dan bunyi angin pun kuat terasa seperti ditepi pantai. Kami semua tak lena tidur malam tu sebab ada yang tak selesa mendengar bunyi angin yang kuat. Ada jugak yang tak lena sebab mengenangkan perjalanan esok. Pukul 12:30mlm dah ada pun yang bangun dan berborak sebab takleh nak tidur dan alang-alang menunggu masa bergerak jam 1:45 pagi. 
Gambar perjalanan dari Timpohon gate ke Laban Rata.
Di bangunan utama tempat makan malam dan sarapan disediakan. 

Sejukla... burrrr...Bungkus abis awek sorang ni...;). 

Pagi tu tepat jam 2:30 pagi kami bergerak menuju ke Sayat-Sayat check point. Diingatkan bahawa pintu pagar check point akan ditutup jam 5:00 pagi. sesiapa yang lambat tidak akan dibenarkan melepasi check point ini. Maknanya, tidak dapatlah meneruskan perjalanan ke puncak. Alhamdulillah, aku sempat sampai di check point jam 4:30pagi. Masa agak lewat dari sebelum ini sebab menunggu giliran melalui jalan curam dengan menggunakan tali. Masa ni, kenalah tunggu orang kat depan tu. Nasib baik tak lambat sangat. Kalau tak, terlepaslah peluang. Masa naik dari Sayat-Sayat, aku bergerak seorang diri ke puncak. Kawan-kawan ada yang dah kat depan, dan ramai yang masih di belakang. Nasib baik aku dah bagitau kat guide yang sorang tu untuk temankan aku.Dengan setianya dia berjalan bersama-sama aku ke puncak. Semakin tinggi semakin mengantuk aku dibuatnya. Akibat kekurangan oksigen. Dengan mata yang separuh nak tutup tu, aku gagahkan juga. Alhamdulillah, sempat sampai di puncak sebelum 6 pagi dan melihat matahari terbit dari Puncak Kinabalu. Cantiknya pemandangan sampai Sejuk pun dah tak terasa... :) hinggakan tangan kebas baru sedar betapa sejuknya kat atas tu. Nasib baik baju 3 lapis dan seluar 3 lapis aku tu berjaya. Cuma tangan jerla yang terasa sejuknya sebab sarung tangan selapis jer. Itupun bukan yang waterproof. Kebal la sangat...;)

Sunrise...

Ramainya mereka di puncak...



Oow yeah... I'm on top of Malaysia.. yeay.. Miss this view so much...

Going back and reach to Timpohon Gate at 2:30pm. Kaki pun dah macam jelly fish. Trust me... it easy to go to the top, tapi sakit nak turun tu tuhan jer tahu. So you all... prepare ler baik2 dan training bagi fit sebelum nak naik.Biar holiday korang atas gunung nanti memberi kenangan yang indah bukan kenangan pahit... yer.. Good Luck.