Wednesday, December 14, 2011

Cit Cat...

Hi... dah lama aku tak menjenguk kesini. Sejak Pesta Layang-layang September yang lepas aku dah join 3 lagi pesta jualan dalam masa 2 bulan. Kalau ikutkan, kat tempat aku ni ada satu lagi tapak jualan semperna hari Belia yang akan bermula jumaat hingga ahad ni. Tapi aku terpaksalah menolak. Walaupun hati aku nak sangat join. Minggu ni ada family potrait photoshoot di Miri. Dah lama gak aku biarkan kamera aku tu berhabuk. Harap-harap hari ahad ni tak hujan, tau jer la sekarang musim lembap. Nak kata excited, memang ar.... dah lama tak buat shooting sebab masa tak mengizinkan. Sekarang banyak menumpukan perhatian dengan butik online dan offline aku tu. Nasib baik plan nak buka butik sepenuh masa aku tangguhkan dulu. Kalau tak bertambah la kerja aku. Apapun, aku harap dapat menghasil gambar yang memuaskan minggu ni. ^_^

Tuesday, September 27, 2011

Pesta Layang-Layang dan Booth Jualan PJB

Pesta Layang-layang (Borneo International Kite Festival 2011) dah pun berakhir dua hari yang lepas. Kepenatan menjaga booth sepanjang 4 hari tersebut masih lagi terasa. Alhamdulillah...penat lelah terasa berbaloi lah jugak.Ini adalah kali pertama PJB membuka booth jualan dan bertemu dengan pelanggan selain daripada regular customer yang ada. Wah...sungguh memenatkan melayan pelbagai karenah. Tetapi aku sangat bersyukur kerana sambutan yang sangat menggalakkan. Banyak juga barang yang dah terjual. Walaupun hujan lebat pada hari terakhir, tetapi kami (aku dan bisnes partner) masih lagi bertahan sehingga tamat konsert malam itu. ^_^. siap ambil cuti lagi untuk berehat keesokkan harinya. Walau apapun, aku sangat berterima kasih dengan semua pengunjung yang sudi singgah dan membeli barangan kami. Semoga kita dapat bertemu lagi.
Kalau keadaan mengizinkan, aku dan bisnes partner nak buka satu booth kat UiTM Kota Semarahan penghujung bulan depan sempena Konvo 2011 ni nanti. Tapi itu tak dapat nak dipastikan lagi, memandangkan cuti aku pun dah tinggal sedikit jer lagi. ^_^. Harap PJB dapat melebarkan sayapnya ke sana...InsyaAllah. Kita jumpa di sana...yuh...

Monday, September 5, 2011

Another Half Marathon?

Ok...hari ni aku masih lagi bercuti. Cuti yang terakhir untuk raya tahun ni. Since balik dari kampung, dah seminggu aku tak connect dengan talian internet. Malam ni, macam2 pulak aku nak surf.Macam nak melepaskan geram pulak. Dah lebih 4 jam di depan laptop kecik ni, akhirnya aku masuk pulak youtube dan taip "Marathon Training". Seriously...dah lama aku tak menjenguk dan mencari maklumat tentang sebarang larian. Tetiba pulak, lepas balik dari raya ni, rasa semangat nak lari. Dah setahun beb, aku tak lari. Lemak2 yang aku dah buang dulu dah datang balik. So... puas aku berfikir dan mengkaji...dan meneliti, so, aku decide...mulai hari ni, aku nak start training lari balik. Target aku kali ni, Borneo International Marathon 2012. Maybe another Half Marathon ok, 21km to be exact. Huh...I take it as a challenge. Ingat lagi masa aku decide benda yang sama 5 tahun yang lepas. Semua benda aku dah tak pandang. Asyik sibuk dengan training. Tapi kali ni, aku dah ada pengalaman. Huhuhu...I hope I'm not too obsess ngan training ni nanti. This blog going to be my log. My personal log to achieve my goal. ^_^... I hope for the best... Good Luck with my training. Jangan tuang sudah....

Thursday, June 16, 2011

Watching Rachel Zoe Project

Last night I was watching Rachel Zoe Project, and the show makes me wanna go to Paris this year. Argghh... kota Sejarah dan seni bina yang cantik.Dan juga Pusat Fesyen...buat aku tak sabar nak pergi. Rancangan nak melancong ke Eropah ni dah lama aku buat. Betahun-tahun yang lalu...tapi akhirnya, InsyaAllah...jika diizinkan tahun depan aku bakal menjejakkan kaki ke sana. Mr. Z buat surprise dengan membuat tempahan tiket pergi... untuk ke Paris in June 2012. Hahaha...lama tuh. Dan so funny, that he didn't bought a ticket to fly back. Agak nyer we are moving there...(hehehe...just kidding). I am more anxious rather than excited. May my dream come true. Love to watch all this inspired show on tv. Makes me wanna be rich and famous!! ^_^ bling!bling!P.s: Just rich...not famous.

Monday, June 13, 2011

My Bandung Plan

This gonna be my first trip to Bandung. Lagi 7 hari sebelum perjalanan untuk ke Bandung. Passport dan tiket dah ready. Maklumat tentang tempat menarik pun dah cari kat internet dan dari kawan-kawan yang dah pernah pergi. Sekarang, tinggal lagi nak booked hotel. Sigh...!! Yang dah confirm pergi trip ni 7 orang termasuk aku. Mr. Z kata aku kena uruskan semua hal perjalanan, makan minum dan tempat tinggal. Huh! Tugas berat tu, sebab yang pergi ni kiranya warga2 emas lah jugak (huhu..!!my mom, my dad and his mom). Plan asal nak pergi 4 hari 3 mlm, tapi memandangkan bukan selalu dapat pergi, so aku extend jadi 6 hari 5mlm. Huih...bila pikir balik, lama gak tu. Aku tak tau pulak nak bawa dia orang tu kemana...selain daripada shopping dan beberapa tempat menarik (kot). Nervous pun ada, sebab aku prefer lagi kalau pergi berdua jer dgn Mr. Z. Boleh main redah jer...ala2 backpackers style.Tapi kalo dah bawa orang tua ni, kenala jugak fikirkan soal keselesaan dan keselamatan mereka. ^_^...Semoga semuanya berjalan lancar...

Monday, June 6, 2011

Hi...Welcome me again...

What is the purposed of my blog?After deleting all the entry about my running and travel since 2006, now I decided to make another one. ^_^ Not that I datang 'gian' nak berblogging randomly again. Haha... Agak nyer la jugak. Selepas buat blogwalking dengan aktif nyer akhir2 ni, aku pun buat keputusan, 'why not' buat satu lagi blog random sukati aku dan delete jer bila dah bosan nanti. (typical me). So, entry kali ni, cukup la buat introduction singkat jer lah yer.