Sunday, January 22, 2012

4 Hari Cuti(CNY+Weekend)= seronoknyer

Hi... hari ni hari kedua cuti panjang sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut pada esok hari. Sepanjang pagi, aku duduk di rumah tanpa keluar kemana-mana dan menghabiskan 4 jam membaca buku "Digital Fundamental" dengan tekun. Ehem... tetiba pula aku rasa bersemangat. Lagipun, kurang dari satu minggu aku akan ke Penang selama 2 minggu, seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk menghadiri kelas dan juga menduduki ujian 20% dari keseluruhan markah kursus. Tahun ni, aku tak boleh nak main-main seperti tahun-tahun sebelum, kalau aku nak teruskan pengajian aku ni sampai habis. InsyaAllah mesti boleh.

Petang, tepat jam 5, selepas 2 hari tak training, hari ni aku dengan semangatnya turun ke taman. Sampai di taman, jam dah pun pukul 5:30ptg.Macam biasa aku start dengan larian perlahan. Aku ingat nak buat fartlek run atau speed hari ni. Tapi rasa lemah tulang-tulang ni nak bergerak. Hahaha...Kalau aku ada jurulatih , mesti dah kena marah....sebab terlalu malas. Hari ni aku berjaya menghabiskan 6.2km dan masa aku sengaja tak ambik. Takut motivasi aku menurun pulak bila tengok tak ada improvement. Kesimpulannya, latihan hari ini sangat memuaskan. Esok, aku nak buat satu lagi 6km. InsyaAllah.

Mercun/Bunga api dah berdetum-detum kat luar rumah. Malam ni confirm kiri kanan depan dan belakang rumah, berpesta bunga api tepat kul 12 malam. Sigh.... bersedia untuk menutup telinga selama setengah jam...or maybe 45 minit. Hebat..hebat...jiran2 aku ni memang hebat.

HAPPY CHINESE NEW YEAR AND HAPPY HOLIDAY....

Thursday, January 19, 2012

Me and My Run

Hi... Selamat Tahun Baru. Walaupun dah lebih setengah bulan Januari... tapi masih sempatkan. Tahun ni, banyak projek-projek besar yang telah dirancang untuk aku laksanakan. Antaranya adalah 10km Borneo International Marathon. Seriously...? Ini dah kali ke 3?atau mungkin kali ke 4 aku kata nak mendaftar larian ni, tapi... setiap tahun tak menjadi. Why??? motivasi yang sangat rendah. ^_^. Tapi sejak masuk tahun baru ni, aku dah mulakan latihan aku semula. Alhamdulillah, aku bermula dengan sangat perlahan.. sebab aku tak nak merasa terlalu penat dan give up (since aku dah setahun tak lari). Aku ada dua target tahun ni... APA Sport dan juga Borneo International Marathon. Satu tu larian 5km dan yang lagi satu 10km. Basically ini larian yang dah aku buat dalam masa 3 minggu yang lepas. Just to share...

3 Jan - 4km (Park)
4Jan  - 25minute (treadmill)
9 Jan - 4km (park)
11 Jan - 5km (Park) - 38minute
12 Jan - 5km (Park) - 37minute
16 Jan - 6km (Park) - 45minute
17 Jan - 5km (Park) - 36minute
19 Jan - 6km (Park) - 40minute

Ok... timing memang dah slow giler berbanding dengan my PB untuk 5km is 27:56minute. Untuk aku kembali kepada prestasi yang dulu, banyak lah yang kena aku buat. (kawal makan, kurangkan berat, kawal tidur, minum banyak air, rehat secukupnya, kekalkan motivasi, turun latihan, buat fartlek, buat speed run, buat hill run, buat long run dan yang penting jangan malas).  See you all soon...