Pesta Layang-layang (Borneo International Kite Festival 2011) dah pun berakhir dua hari yang lepas. Kepenatan menjaga booth sepanjang 4 hari tersebut masih lagi terasa. Alhamdulillah...penat lelah terasa berbaloi lah jugak.Ini adalah kali pertama PJB membuka booth jualan dan bertemu dengan pelanggan selain daripada regular customer yang ada. Wah...sungguh memenatkan melayan pelbagai karenah. Tetapi aku sangat bersyukur kerana sambutan yang sangat menggalakkan. Banyak juga barang yang dah terjual. Walaupun hujan lebat pada hari terakhir, tetapi kami (aku dan bisnes partner) masih lagi bertahan sehingga tamat konsert malam itu. ^_^. siap ambil cuti lagi untuk berehat keesokkan harinya. Walau apapun, aku sangat berterima kasih dengan semua pengunjung yang sudi singgah dan membeli barangan kami. Semoga kita dapat bertemu lagi.
Kalau keadaan mengizinkan, aku dan bisnes partner nak buka satu booth kat UiTM Kota Semarahan penghujung bulan depan sempena Konvo 2011 ni nanti. Tapi itu tak dapat nak dipastikan lagi, memandangkan cuti aku pun dah tinggal sedikit jer lagi. ^_^. Harap PJB dapat melebarkan sayapnya ke sana...InsyaAllah. Kita jumpa di sana...yuh...