Pendaki perempuan sangat beruntung kerana kami seramai 9 orang diberi dua buah rumah untuk menginap malam pertama. Wah... sangat mewah. ;)... Terasa seperti ingin terus tinggal disitu;).Cantik kan... ruang tamu rumah ni.
Malam tersebut kami packing barang2 yang hendak dibawa dan diasingkan kepada dua buah beg. Satu nak bagi porter yang angkat dan satu lagi sendiri yang bawa. Kat dalam beg yang aku bawa, aku letak sekali air minuman 1 liter, sedikit makanan ringan, baju hujan, baju t spare, selipar dan baju sejuk. Nanti kalau sampai awal di Laban Rata dah boleh mandi dan tukar baju dan cepat berehat. Tak perlu tunggu porter datang bawa barang yang selebihnya.
Perjalanan kami pada pagi keesokkan harinya bermula pada jam 9:30 pagi. Guide yang akan membawa kumpulan kami adalah seramai 4 orang. Rata2 nya mereka ni nanti akan berjalan dibelakang kami. Pada hari pertama ini, aku berjalan dengan perlahan-lahan ikut rentak sendiri. Maklumlah, kalau ikut orang nanti tak mampu pulak. Walaupun berjalan dengan agak perlahan, aku berjaya sampai di Laban Rata pada jam 2.00 petang. Agak laju jugak berbanding dgn yg lain. Kebiasaan untuk sampai di Laban Rata mengambil masa diantara 3 hingga 6 jam. Bergantung kepada fitness masing-masing. Pasal tandas, jangan risau. Setiap perhentian, ada disediakan tandas dan air.
Sesampai jer di Laban Rata, selepas mendaftar masuk bilik, laju jer aku mandi walaupun air sejuk giler rasa macam batu ais. Masa ni takde maknenya nak mengada-ngada. Sejuk pun redah jer sebab lepas mandi baru badan rasa selesa dan segar sedikit. Penginapan kali ini bukan di bangunan utama seperti yang lepas.Kali ini kami tinggal di Waras Hut, lebih kurang 2-5minit sebelum bangunan utama. Malam memang takde heater dan bunyi angin pun kuat terasa seperti ditepi pantai. Kami semua tak lena tidur malam tu sebab ada yang tak selesa mendengar bunyi angin yang kuat. Ada jugak yang tak lena sebab mengenangkan perjalanan esok. Pukul 12:30mlm dah ada pun yang bangun dan berborak sebab takleh nak tidur dan alang-alang menunggu masa bergerak jam 1:45 pagi.
Gambar perjalanan dari Timpohon gate ke Laban Rata.
Di bangunan utama tempat makan malam dan sarapan disediakan.
Sejukla... burrrr...Bungkus abis awek sorang ni...;).
Pagi tu tepat jam 2:30 pagi kami bergerak menuju ke Sayat-Sayat check point. Diingatkan bahawa pintu pagar check point akan ditutup jam 5:00 pagi. sesiapa yang lambat tidak akan dibenarkan melepasi check point ini. Maknanya, tidak dapatlah meneruskan perjalanan ke puncak. Alhamdulillah, aku sempat sampai di check point jam 4:30pagi. Masa agak lewat dari sebelum ini sebab menunggu giliran melalui jalan curam dengan menggunakan tali. Masa ni, kenalah tunggu orang kat depan tu. Nasib baik tak lambat sangat. Kalau tak, terlepaslah peluang. Masa naik dari Sayat-Sayat, aku bergerak seorang diri ke puncak. Kawan-kawan ada yang dah kat depan, dan ramai yang masih di belakang. Nasib baik aku dah bagitau kat guide yang sorang tu untuk temankan aku.Dengan setianya dia berjalan bersama-sama aku ke puncak. Semakin tinggi semakin mengantuk aku dibuatnya. Akibat kekurangan oksigen. Dengan mata yang separuh nak tutup tu, aku gagahkan juga. Alhamdulillah, sempat sampai di puncak sebelum 6 pagi dan melihat matahari terbit dari Puncak Kinabalu. Cantiknya pemandangan sampai Sejuk pun dah tak terasa... :) hinggakan tangan kebas baru sedar betapa sejuknya kat atas tu. Nasib baik baju 3 lapis dan seluar 3 lapis aku tu berjaya. Cuma tangan jerla yang terasa sejuknya sebab sarung tangan selapis jer. Itupun bukan yang waterproof. Kebal la sangat...;)
Sunrise...
Oow yeah... I'm on top of Malaysia.. yeay.. Miss this view so much...
Going back and reach to Timpohon Gate at 2:30pm. Kaki pun dah macam jelly fish. Trust me... it easy to go to the top, tapi sakit nak turun tu tuhan jer tahu. So you all... prepare ler baik2 dan training bagi fit sebelum nak naik.Biar holiday korang atas gunung nanti memberi kenangan yang indah bukan kenangan pahit... yer.. Good Luck.








No comments:
Post a Comment