Monday, September 16, 2013

Krabi Trip Day 1

Bertolak dari LCCT jam 7:05pagi menaiki flight AirAsia. Alhamdulillah, flight pagi itu tak delay. Dalam kelam kabut sebab dah terlambat bangun pagi, sempat jugak boarding. Barisan  di Imigresen punya la panjang tapi dua kaunter sahaja yang di buka pada pagi itu. Pintu masuk untuk ke Krabi tak sama dengan pintu masuk untuk keluar negara yang lain. Kena masuk ikut pintu Y2 iaitu bersebelahan dengan perlepasan dalam negeri. 
Penerbangan untuk ke Krabi mengambil masa 1jam 20 minit(lebih kurang). Setibanya di Krabi, kena mendaftar di imigresen dahulu. Semasa didalam penerbangan anak kapal akan menyerahkan satu borang/kad imigresen untuk diisi. Kad ini nanti akan disimpan oleh pihak imigresen Thailand, manakala bahagian untuk balik kenalah disimpan untuk diserahkan semasa keluar dari Thailand nanti. Di airport, aku terus ke kaunter bas yang ada diruang legar. Bayaran untuk menaiki bas, hanya 150 Bath seorang, manakala jika ingin menaiki teksi 600 bath seorang. Sila tanya kepada penjual tiket dikaunter tersebut dimana bas akan berhenti. Mereka akan tunjukkan map dan tempat bas berhenti. Dan jangan lupa, tanya di mana hotel tempat kita berada didalam map tersebut. Aku dan Z mengambil keputusan untuk menaiki bas sebab hotel yang aku dah booked berada di pusat aonang. Setelah membeli tiket sila terus keluar airport ikut arah dimana bas berada. Seseorang diluar bangunan akan bertanya kita nak kemana. Maklumkan kepada mereka kerana maklumat itu nanti akan digunakan oleh pemandu bas untuk menurunkan penumpang-penumpang.
Perjalanan menaiki bas mengambil masa diantara 40- 45 minit. Setiba di pusat aonang, pemandu bas memberhentikan bas di satu tempat dan memaklumkan kepada kami "Aonang Centre". Maknanya, destinasi aku dah sampai. Rupa-rupanya hanya aku dan Z sahaja yang menginap di pusat aonang. Hurm... tak kisahla. Pusat Aonang ni kecil sahaja. InsyaAllah tak akan sesat. setelah beberapa ketika berjalan, akhirnya kami sampai juga di Somkiet Buri Resort. Hotel ini agak tidak kelihatan dari jalan utama. Kena masuk dalam 50m ke dalam. Aku sengaja memilih hotel ini sebab hotel ini ada sijil halal dan sarapan pagi turut disediakan. Jadi takla was-was untuk makan sarapan pagi setiap hari nanti.Kami tiba agak awal untuk pendaftaran masuk. Baru sahaja jam 9:30pagi. Nasib baik kami dibenarkan masuk awal walaupun masa untuk mendaftar sepatutnya jam 2 petang. Selepas mendapat kunci bilik, kami terus berehat kepenatan. Cuaca untuk hari pertama agak kurang baik.Jadi kami menghabiskan setengahari untuk tidur dengan nyenyaknya...;).
Hotel ini dikelilingi oleh hutan buatan dan sangat tenang sekali untuk berehat. Permandangan di beranda luar bilik.
Permandangan dari atas bilik. 
Harga semalam untuk bilik ini adalh RM153.00 dan aku tempah melalui booking.com. Pembayaran tidak akan dikenakan semasa membuat tempahan. Tetapi maklumat kad kredit akan diberi untuk pengesahan dan tiada pembatalan dibenarkan sekiranya dibuat kurang daripada 7 hari. Maknanya, kalau tak jadi tinggal dihotel ini, charge bilik tetap akan dikenakan ke kad kredit kita. Jadi nak atau tidak, kenalah tinggal juga. Secara keseluruhannya, hotel ini memuaskan. Walaupun sedikit usang, tetapi masih selesa untuk didiami. Lokasi pula adalah baik. Mudah untuk mendapatkan tempat makanan halal disekitar, berhampiran dengan pantai iaitu 10 minit berjalan dengan santai sambil melalui deretan kedai yang menjual pelbagai barang.
Kolam hotel...
Deretan kedai sepanjang jalan ke pantai dan tepi pantai.
Sebelah petang aku dan Z keluar mencari makan. Kami meredah hujan dengan menggunakan baju hujan pakai buang yang dibeli dengan harga 100bath satu. Walaupun mahal, aku belikan juga seorang satu sebab untuk memudahkan pergerakkan kami. Alhamdulillah, hujan tak begitu lebat tapi kalau tak pakai baju hujan pun boleh basah jugak. Selepas makan dan membeli beberapa barang keperluan kami membuat tempahan perjalanan ke 4 buah pulau pada keesokkan harinya melalui For Friendly Tour dengan harga 500 bath seorang. Pengangkutan pergi dan balik dari hotel dan jeti disediakan, termasuk sewa longtail boat dan makan tengahari. InsyaAllah halal katanya. Sebenarnya, kalau rajin nak cari, trip untuk ke 4 pulau boleh dapat dengan harga yang lebih murah iaitu 350 bath sahaja. Akhirnya, perjalanan esok dah dibayar deposit sebanyak 500bath. Lagi 500bath boleh dibayar dengan pemandu yang akan jemput kami pada keesokkan harinya.
Kami berjalanan agak jauh dari pusat aonang pada petang itu dan kemudian mengambil keputusan untuk balik menggunakan tuk-tuk atau teksi. Tahan punya tahan, takde pulak tuk-tuk atau kereta yang nak berhenti. Tapi sebenarnya kat tepi-tepi jalan dah ada pun papan tanda menunjukkan teksi sewa atau van sewa yang boleh menghantar kita ketempat yang nak dituju.Kita cuma perlu pergi cari pemandunya sahaja. Harga pada setiap destinasi telahpun ditulis pada papan tersebut. Jadi senang la kita nak tau berapa yang perlu dibayar.
Malam kami berakhir dengan awal sebab perlu berehat untuk lawatan ke 4 Pulau pada keesokkan harinya.





Tuesday, September 10, 2013

Krabi trip in the making...

Last minute renew passport la cik kak. Passport dah less than 6 month. So kena la renew. Alhamdulillah la sekarang nak buat passport senang jer. Siap dalam masa satu jam sahaja. Semua kerja buat di saat akhir. Flight malam ni nak ke KL dah tak sempat nak buat pertukaran duit. Padahal plan trip ni dari bulan mac lagi. Petang ni la sibuk nak renew passport, tukar duit dan nak cari kamera waterproof pulak. Nasib baik jumpa Sony  cybershot DSC-TS1 RM699. Kalau kena harga yang beribu-ribu... menangis la.
Semalam baru siap buat booking hotel. Perasaan ni tengah bercampur baur. Nak kata excited, tipu la kalau cakap tidak.Nervous tu adala juga sebab semua perkara buat kelam kabut. Baru balik dari Kinabalu hari tu, tak sempat pulak nak prepare betul-betul trip kali ni.InsyaAllah, semoga dipermudahkan perjalanan kami. Dah lama rasanya tak pergi bercuti yang tidak melibatkan bisness semata-mata. Penatla cik kak... ;).


Monday, September 2, 2013

Kinabalu misi berakhir


Akhirnya misi kinabalu kali kedua telah berakhir dengan jayanya. Hari pertama kami tiba, hujan turun renyai2. Kami disambut oleh tour operator yang kami lantik sejak Disember yang lepas. Seramai 22 orang bakal pendaki dibawa menaiki bas ke Sutera Santuary Resort di kaki gunung yang mengambil masa 2jam 30minit untuk sampai dari Kota Kinabalu.Alhamdullillah, urusan pendaftaran masuk berjalan dengan lancar dan kami berehat dibilik masing-masing.
Pendaki perempuan sangat beruntung kerana kami seramai 9 orang diberi dua buah rumah untuk menginap malam pertama. Wah... sangat mewah. ;)... Terasa seperti ingin terus tinggal disitu;).Cantik kan... ruang tamu rumah ni.
Malam tersebut kami packing barang2 yang hendak dibawa dan diasingkan kepada dua buah beg. Satu nak bagi porter yang angkat dan satu lagi sendiri yang bawa. Kat dalam beg yang aku bawa, aku letak sekali air minuman 1 liter, sedikit makanan ringan, baju hujan, baju t spare, selipar dan baju sejuk. Nanti kalau sampai awal di Laban Rata dah boleh mandi dan tukar baju dan cepat berehat. Tak perlu tunggu porter datang bawa barang yang selebihnya.
Perjalanan kami pada pagi keesokkan harinya bermula pada jam 9:30 pagi. Guide yang akan membawa kumpulan kami adalah seramai 4 orang. Rata2 nya mereka ni nanti akan berjalan dibelakang kami. Pada hari pertama ini, aku berjalan dengan perlahan-lahan ikut rentak sendiri. Maklumlah, kalau ikut orang nanti tak mampu pulak. Walaupun berjalan dengan agak perlahan, aku berjaya sampai di Laban Rata pada jam 2.00 petang. Agak laju jugak berbanding dgn yg lain. Kebiasaan untuk sampai di Laban Rata mengambil masa diantara 3 hingga 6 jam. Bergantung kepada fitness masing-masing. Pasal tandas, jangan risau. Setiap perhentian, ada disediakan tandas dan air.
Sesampai jer di Laban Rata, selepas mendaftar masuk bilik, laju jer aku mandi walaupun air sejuk giler rasa macam batu ais. Masa ni takde maknenya nak mengada-ngada. Sejuk pun redah jer sebab lepas mandi baru badan rasa selesa dan segar sedikit. Penginapan kali ini bukan di bangunan utama seperti yang lepas.Kali ini kami tinggal di Waras Hut, lebih kurang 2-5minit sebelum bangunan utama. Malam memang takde heater dan bunyi angin pun kuat terasa seperti ditepi pantai. Kami semua tak lena tidur malam tu sebab ada yang tak selesa mendengar bunyi angin yang kuat. Ada jugak yang tak lena sebab mengenangkan perjalanan esok. Pukul 12:30mlm dah ada pun yang bangun dan berborak sebab takleh nak tidur dan alang-alang menunggu masa bergerak jam 1:45 pagi. 
Gambar perjalanan dari Timpohon gate ke Laban Rata.
Di bangunan utama tempat makan malam dan sarapan disediakan. 

Sejukla... burrrr...Bungkus abis awek sorang ni...;). 

Pagi tu tepat jam 2:30 pagi kami bergerak menuju ke Sayat-Sayat check point. Diingatkan bahawa pintu pagar check point akan ditutup jam 5:00 pagi. sesiapa yang lambat tidak akan dibenarkan melepasi check point ini. Maknanya, tidak dapatlah meneruskan perjalanan ke puncak. Alhamdulillah, aku sempat sampai di check point jam 4:30pagi. Masa agak lewat dari sebelum ini sebab menunggu giliran melalui jalan curam dengan menggunakan tali. Masa ni, kenalah tunggu orang kat depan tu. Nasib baik tak lambat sangat. Kalau tak, terlepaslah peluang. Masa naik dari Sayat-Sayat, aku bergerak seorang diri ke puncak. Kawan-kawan ada yang dah kat depan, dan ramai yang masih di belakang. Nasib baik aku dah bagitau kat guide yang sorang tu untuk temankan aku.Dengan setianya dia berjalan bersama-sama aku ke puncak. Semakin tinggi semakin mengantuk aku dibuatnya. Akibat kekurangan oksigen. Dengan mata yang separuh nak tutup tu, aku gagahkan juga. Alhamdulillah, sempat sampai di puncak sebelum 6 pagi dan melihat matahari terbit dari Puncak Kinabalu. Cantiknya pemandangan sampai Sejuk pun dah tak terasa... :) hinggakan tangan kebas baru sedar betapa sejuknya kat atas tu. Nasib baik baju 3 lapis dan seluar 3 lapis aku tu berjaya. Cuma tangan jerla yang terasa sejuknya sebab sarung tangan selapis jer. Itupun bukan yang waterproof. Kebal la sangat...;)

Sunrise...

Ramainya mereka di puncak...



Oow yeah... I'm on top of Malaysia.. yeay.. Miss this view so much...

Going back and reach to Timpohon Gate at 2:30pm. Kaki pun dah macam jelly fish. Trust me... it easy to go to the top, tapi sakit nak turun tu tuhan jer tahu. So you all... prepare ler baik2 dan training bagi fit sebelum nak naik.Biar holiday korang atas gunung nanti memberi kenangan yang indah bukan kenangan pahit... yer.. Good Luck.












Thursday, August 22, 2013

Persiapan ke Gunung kinabalu

Assalamualaikum dan selamat pagi...Dah lama aku tak berblog ni, tapi kali ini xcited pulak nak share maklumat tentang pendakian aku ke gunung kinabalu kali kedua dgn pendaki-pendaki( bakal pendaki) yang berminat nak mendaki Gunung Kinabalu. Pasal nyer, aku sendiri pun suka search dan carik maklumat. Jadi kali ini, biar aku lak yg share.

Pendakian kali ini akan berlangsung pada 30 Ogos hingga 2 September. Sambut merdeka atas gunung ni.Ini merupakan pendakian aku kali kedua selepas 2 Jun 2012. maknanya aku bukanlah yang paling expert sekali pasal mendaki ni sebab baru jer nak masuk kali kedua.Tapi InsyaAllah, apa yang aku nak share ni boleh gak di gunakan sedikit atau hanya dijadikan panduan bersama. 

Ok, meh aku nak citer sikit intro pasal pendakian tahun lepas. Masa tu, team kami seramai 10orang (7 lelaki, 3 perempuan). Jabatan aku hantar kami dengan harapan untuk mengibarkan bendera di puncak kinabalu nanti. Kami semua sangat komited dan membuat latihan secara berterusan selama 3 bulan. kiranya kami memang prepare habis... Malangnya, kami tidak bersedia untuk menghadapi cuaca yang tidak menentu di Gunung kinabalu (sob...sob). Namun alhamdulillah, walaupun cuaca kurang baik (hujan dan berangin)  kesemua pendaki berjaya sampai ke puncak dalam lingkungan jam 4:30-5:30 pagi . Pada masa itu Guide  kami telah menyuruh kami turun semula memandangkan cuaca tidak mengizinkan  untuk kami melihat matahari terbit dari puncak (sebab hujan kan... nak nampak macam mana) . Kami dimaklumkan bahawa daripada kesemua pendaki yang berdaftar semalam, hanya separuh sahaja yang berjaya sampai ke puncak akibat cuaca buruk. Dalam hati tuhan jer yang tahu... sekeping gambar pun aku tak sempat nak ambik kecuali gambar kawan aku yang sorang tu sbb bila time aku posing, kamera pulak dah berkabus tak nampak apa2. 

Dan nak dijadikan cerita, tahun ini aku diberikan peluang  sekali lagi setelah 4  orang dari pendaki tahun ni tarik diri. Alhamdulillah, dapat pergi free sekali lagi. Walaupun masa latihan tinggal lagi 2 minggu, InsyaAllah... aku nak pergunakan masa yang ada ni prepare apa yang patut. No more ponco pakai buang yer... time kat puncak hampeh tak leh pakai sebab angin kuat sangat. Abis terbang dan menganggu pergerakan.

Ok... ini aku nak share item yang aku bawa.Dulu aku bawa sikit jer. Tapi kali ni aku nak bawa lebih dari biasa sebab nanti pun aku nak upah porter angkat. Baik bawa jer apa yang aku rasa perlu.
Senarai barang
1. Backpack - 2. ( satu bagi porter bawa satu lagi angkat sendiri)
2. Kasut - 2 ( satu spare, satu pakai - sebab kalau hujan takle pakai kasut basah macam dulu. sakit kaki woo... melecet)
3. Ponco hujan betul - ( pakai semasa mula mendaki atau nak turun dari Laban Rata- tak sesuai untuk pakai masa kat puncak)
4. Jaket kalis air - ( dulu pakai windbreaker n sweater jer... tobat dah tak nak sebab basah kuyup)
5. Sarung tangan kalis air dan cotton ( bawaklah dua. yang ni aku kena buat xperiment dulu. kalo berkesan nanti aku share. Sarung tangan penting sebab nak pegang tali masa mendaki dari Laban Rata ke puncak. kalo sarung tangan basah, tangan pun kecut dan kebas sbb sejuk. camne nak pegang tali kali tangan kebas..? kan???)
6. Baju warmer - 2 helai (untuk ke puncak)
7. Baju round neck( untuk turun)
8. Seluar warmer ( 1 helai) dan tight + seluar poket2.
9.Stokin - Jenis wool dan cotton (2 pasang untuk mendaki ke puncak)
10. Kamera... dan charger (sgt penting)
11. Windbreaker nipis -1
12. Raincover for rucksack ( yang ni terpulang la. baju leh letak lam plastik yang berlapis2. aku bawak raincover ni pasal tak nak beg aku basah. tu jer)
13. Headlamp dan bateri (sangat penting sbb tangan perlu bebas dari memegang apa2 barang pada pendakian hari kedua. kita nak pegang tali kan...harap maklum).
14. Sandal ( dulu aku bawak selipar, kali ni bawak sandal bertali.. nanti aku g tau kenapa. p kena tunggu aku balik dulu la)
15. Ubat-ubatan ( koyok, panadol, ubat sakit perut, ubat pening-altitude sickness.., minyak panas dll).

Ok.. apa lagi yer... makanan dan pakaian yang perlu tu, pandai2 korang lah yer. Kat atas tu ada cafe. makanan semua dah masuk pakej.Macam aku dulu... takde selera pun nak makan. nasib tak bawak makanan berlambak. buat berat jer. Ada gak kedai kecik jual barang keperluan asas. Harga mahal la dari biasa. Diingatkan, keperluan individu adalah berbeza. Apa yang aku bagitau kat sini adalah berdasarkan pengalaman aku yang dulu. mungkin semua tu tak pakai pun. Tapi bersedia adalah lebih baik. Porter kan ada nak angkat, tengok budget lah gak kan. 

Jom cuci mata tengok gambar pulak ^^.



Yang ni aku bawak lam backpack aku. Spare baju dan sandal sbb kalo sampai awal kat laban rata dan porter masih kat belakang, at least ada gak baju nak tukar.


Ni kasut baru pulak. Kali ni beli saiz 8. dulu pakai kasut HiTech saiz 7. sakit giler sebab ketat dengan stokin tebal. pada hakikatnya kaki aku ni saiz 6 jer. Gila sakan. Have to invest for perfect shoes. 

Haha... and this i bought for fun (gambar kat bawah)... entah pakai ke tidak...;).

Orait... see you all soon... takat ni dulu ya.wish me luck.


Monday, March 11, 2013

Lari Waktu Pagi atau Petang?Apa pilihan anda?

Semalam sempat buat 5km kat Taman yang sama dalam masa 32:16 minit. Kali ni datang lebih awal dan cuaca sangatla panas. Sebelum start tu, letak dulu sunblock losyen kat tangan. Hari ni, lupa pula nak bawa krim sunblock untuk muka. hurm... rasa macam nak pakai sarung tangan panjang dan tutup muka jer.Muka dan tangan aku ni dah cukup bebelang akibat latihan beberapa bulan yang lepas. Ni nak sambung training lagi... hurm... alamat semakin hitam pekatla aku ni. Dulu kalau training waktu pagi, time embun masih ada, takde la aku hitam sangat. Sejak berpindah rumah option berlatih hanya ada untuk petang sahaja. Nampak gayanya, lepas ni aku kena cari baju lengan panjang la pulak...;). untuk muka... hurm kena pakai topeng ye? huhu... nanti takut pula orang2 kat taman tu dan kata aku ni tak betul. Bukan setakat kulit bertukar hitam jer yang perlu aku risau ... nanti kulit juga nampak tak bermaya dan berjemur terlalu lama juga bahaya untuk kesihatan. Mungkin alternatif lain, aku kena tukar jadual ke sebelah pagi atau kena lari lewat-lewat-lewat petang...;(. hurm.......pilihan yang sukar...

Thursday, March 7, 2013

Love my watch...

Did my short 5km run. Mula2 rancang nak lari perlahan2 . jog round taman. Jam dah lebih pukul 5:30 ptg. tak pernah lari selewat ini. tapi sebab kasut tertinggal pagi tadi time nak pergi kerja, so ptg kena balik rumah dulu ambil kasut dan tukar baju. Dah sampai taman jam dah dekat 5:45.
Baru keluar kereta, tak buat strecthing, pun, terus jer lari. Mula2 tu lari perlahan-lahan jer. Hari ni test guna jam adidas yang baru dibeli 2 minggu lepas. Lap 1km yang pertama buat dalam 7'06"25. Dalam hati kata, urgh... slow nyer. Kaki rasa sakit sikit sbb dah seminggu tak lari kat jalan. Lari atas treadmill tak sama tau lari kat jalan. 2nd Lap buat dalam masa 6'43"14. Masa ni dah terasa nak berhenti setakat 3km jer. Otak ni dah kata stop jer... tapi badan kata larat lagi. Masuk Lap ketiga dapat buat 6'33"14. Semakin laju la pulak. Seronok tengok masa semakin laju, tapi badan dah rasa malas dah. Kebetulan pulak ada mamat sorang ni tengah lari kat depan. Baru lari kot. Aku pun apa lagi... nak bagi motivate sikit, aku follow ler belakang dia. Jarak mula2 tu dalam 10meter... Masuk Lap ke 4 , pasal ikut belakang mamat tu, masa dah jadi 6'23"56. Lama2 jarak kami makin dekat. Terasa jugak last 200m, mamat kat depan tu pecut... sebab geram kot pasal aku follow belakang... huhu. aku pun ikut jugak pecut. Last lap buat laju pulak 6'06"47. Punya la seronok... sebab aku dah boleh maintain kelajuan. Walaupun masa aku ni tidak selaju larian aku beberapa tahun yang dulu, tapi aku happy sebab dah improve dari beberapa minggu yang lepas. Badan rasa ok, tak sakit, jantung pun ok... takder la rasa stress sangat, kaki ok...side stich pun takder. Total workout hari ni 32'52"56 minit untuk 5km atas jalan rata. So balik ni aku double check time lap dengan jam timex kat rumah. Mana tau kot jam baru tu slow. Tapi bila dah check, nampak nya dua2 jam tu sama jer. Jadi betulla masa yang dicatat tu. Happy... happy... happy...;)
Till my next run...

Tuesday, March 5, 2013

Dream High ..

Selepas kekalahan teruk pasukan malaysia di Manila minggu lepas, hati aku ni masih lagi berkobar-kobar hendak membalas dendam atas kesilapan penganjur. Tapi kali ini biarlah dengan kemenangan. Aku ada tempoh 3 tahun lagi untuk berlatih dan sekiranya berjaya terpilih untuk kali keempat mewakili pasukan pelari dari malaysia... aku akan memastikan aku menang. no option atau aku tak perlu pergi hanya untuk memalukan negara. ;(... 2016 nanti kami akan bertemu semula di Vietnam pula.

Sejak berakhir acara 5000m lepas, aku belum lagi menjejak kaki keluar . Setakat ini masih memanaskan badan di atas treadmill selama 20minit dengan kelajuan 6km/j. Apa yang penting sekarang adalah konsisten. Mengelak dari kecederaan , keletihan dan kebosanan adalah sesuatu yang paling susah.Aku harap perjalanan kali ini tidak berhenti ditengah jalan seperti biasa. ^_^ . RunnerLove.